BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 22 December 2011

HELL- O

Hello Sang Blogger , lama dah aku tak berzikir dekat sini . ketandusan idea kata kan . aku orang yang tak suka mengarang , apa yang aku rasa nak tulis , aku tulis . jadi , jangan memaksa ;) 



nak cerita sikit , sekadar luahan tentang cerita cinta aku . sejujurnya , aku sedang menyayangi seseorang . tapi , ada banyak perkara yang aku belum dapat jelaskan . aku bukan seorang yang suka publisiti , serious . aku tak teringin nak jadi Justin Bieber mahu pun Greyson Chance . yang penuh dengan gosip , kontroversi berkenanaan Selena Gomez . tapi macam mana sekali pun , aku akan cuba sayang dia . bantu dia .*okay ayat last jiwang sikit . 

Sunday, 23 October 2011

KATA KATA DI HUJUNG MINGGU

Seperti biasa , hari minggu adalah hari yang membosankan bagi aku . tiada apa yang boleh dilakukan . nak keluar merayap , check wallet .. alamak .. lari bajet untuk minggu ni . okay tutup wallet balik . calling2 dengan orang2 yang tersayang . (jangan perasan :D ) 


BOSAN , okay masa untuk menghilangkan keresahan diri berada didalam rumah . langkah pertama aku keluar rumah disambut dengan bunyi suara yang acap kali didengar " NAK PERGI MANA TU DANIAL " .. diselangi dengan keluhan aku memanjang .. Konklusinya , rutin hari minggu aku hanya dirumah . 

P/S : nak keluar hari minggu kena booking dulu sehari lebih awal =,=

Monday, 10 October 2011

AKHIRNYA SEMPURNA

PMR 2011 dah berlalu , tapi hati aku masih belum tenang . sambil membayangkan saat2 keputusan akan diserahkan di tangan aku . Gambaran itu memang sentiasa bermain difikiran aku . okay cukup TEKANAN aku sampai disitu .


Aktiviti lepas PMR , duduk rumah , menghadap laptop, online , Finale , Blackshot , facebook , dan beberapa perkara yang tak boleh dipaparkan kepada umum x) . okay berhenti berfikir yang bukan2 . dalam masa yang sama , keinginan untuk bekerja sambilan membuak-buak . peluang bekerja pun dah ada , cuma aku kadang2 tak yakin . okay , di sekolah , aku sangat sibuk . sibuk dengan perancangan dan aktiviti pancaragam sekolah . konklusinya memang kami tak mewujudkan diri didalam kelas . Siapa yang nak belajar lepas PMR ? PROPAGANDA . 

SEMPURNA

Saturday, 8 October 2011

CINTA DULU

aku pernah juga bercinta seperti pasangan lain, dan mereka punya masalah sendiri. tapi aku ni kira sepecial sikit , masalah hubungan aku dan DIA akan melibatkan semua KAWAN-KAWAN dia . bila bergaduh, pasti ada mulut2 yang datang memaki hamun tanpa mengetahui cerita sebenar. aku mengaku, aku bukannya baik 100%, tapi adakah semua permasalahan berpunca dari aku seorang ? dan sebab itu ,ramai orang memandang buruk terhadap diri aku .


Tapi itu bukan jadi masalah bagi aku, cuma aku pelik tengok KAWAN-KAWAN dia . perfect kah engkau nak berkata begitu ? 

tapi perkara ni semua dah berlalu , dan aku malas nak fikir lagi . tepulang kepada masing2 untuk menilainya . 

TEKANAN (masa silam)



Friday, 7 October 2011

JUNIOR OH JUNIOR

seperti senior2 lain, pening memikirkan pasal junior2 mereka yang pelbagai karenah. ada yang alim, terejal, sopan santun, dan tidak ketinggalan yang ayu (-.-) .
dah jadi kebisaan, latihan akan dibuat pada hari sabtu, dan aku terpaksa MENGUNDANG beberapa orang junior yang RAJIN datang latihan . mereka memang HEBAT .

balik dari sembahyang jumat, aku stay di sekolah untuk berjumpa dengan beberapa JUNIOR tersebut. semuanya menunjukkan reaksi yang positif, kecuali seorang junior KESAYANGAN ni .

Junior : Danie , esok tak boleh datang lah .. ada kenduri dekat kampung ..

Aku   : Kampung kau dekat mana ? Tak kan kenduri pagi2 buta ?

Junior : Kampung aku dekat Batu Pahat .. kena bertolak awal ..

Aku   : Hmm okay..


Keesokan hari , lepas pulang dari latihan, aku online .. lepas tu aku tengok news feed .. haha .. aku gelak kejap .. nak tahu kenapa ? aku terbaca status baru JUNIOR tu : "****** just checked in @ City Square a few minute ago " . hebat bukan ? kau lah satu-satunya junior yang berwibawa .

KELUHAN.

Thursday, 6 October 2011

The Ditty

Ini aku

Setiap orang ada minat dan cita-cita sendiri. begitu juga aku. tapi ada sesetengah orang mempertikaikan sesuatu yang aku minat. 


apa masalah orang2 yang begitu ? ada masalah kalau aku suka bermain alat muzik ?siapa kata takde masa depan ? mungkin aku tak boleh salahkan orang2 begitu seratu peratus . mungkin mereka hanya berfikir "muzik sekadar hiburan" . tapi bagi aku tidak . 

Salah satu impian aku adalah menjadi Jurulatih Pancaragam . Lantak lah orang nak cakap aku apa . mungkin sekadar kerja sambilan ataupun aku akan bergiat dalam bidang tu saja . mereka yang sekadar memerhati , hanya tahu mengkritik bukan memahami .